Tubuh tribunal bebas kawal selia kes wakil rakyat lompat parti - Utusan Malaysia

Tubuh tribunal bebas kawal selia kes wakil rakyat lompat parti

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parlimen perlu menubuhkan satu tribunal bebas yang diketuai seorang hakim bersara Mahkamah Tinggi untuk memutuskan kes wakil rakyat yang melompat parti dengan secara adil.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh bertindak sebagai pihak berkuasa penentu dalam kes-kes di mana ahli Parlimen yang melompat parti.

“Agensi yang mengawal selia hukuman ini perlu dipantau oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai penyelia.

“Dalam masa sama, saya fikir adalah mustahak untuk memastikan keahlian badan kawal selia ini bebas, tidak cenderung kepada mana-mana parti politik,” katanya mengambil bahagian perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya mana-mana wakil rakyat didapati bersalah dengan bukti jelas oleh badan seliaan undang-undang anti lompat tidak dibenarkan bertanding atas mana-mana kerusi sama ada Parlimen atau DUN selama sekurang-kurangnya dua penggal.

Beliau juga mengutarakan pandangan agar pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan hanya membabitkan keanggotan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bukannya untuk mengawal keahlian mereka dalam mana-mana parti.

“Akta pindaan ini adalah keterlaluan, kerana ia tidak jelas mengapa ia perlu merujuk kepada keahlian parti politik dan bukannya mengawal selia atau melarang lompat parti politik.

“Fasal 2 (b) nampaknya berlebihan. Ia terlalu luas. Ia bertujuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk mengenakan sekatan ke atas hak untuk menjadi ahli dalam parti politik yang diwakili di Dewan Rakyat dan ADUN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya