TMJ tawar khidmat guaman percuma kes Bella

TMJ tawar khidmat guaman percuma kes Bella

KENYATAAN Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kes penderaan kanak-kanak sindrom down, Bella yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia menawarkan perkhidmatan peguam-peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) berhubung kes penderaan Bella.

Tunku Ismail menerusi kenyataan di Facebook milik baginda memaklumkan, akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung perkara itu.

Tunku Ismail bertitah, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguam bela yang dilantik untuk mewakili orang kena tuduh (OKT).

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT dalam kes ini. 

“Saya akan menghubungi Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian untuk kes in.” katanya dalam entri di Facebook baginda hari ini.

Sementara itu, kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menyuarakan mesej untuk menghentikan penderaan kanak-kanak yang dipercayai merujuk kepada kes berkenaan.

Menurut hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, JDT menegaskan tidak seharusnya ada kanak-kanak yang hidup dalam ketakutan terhadap keganasan atau penderaan.

“Berhubung dengan kes #JusticeForBella, JDT ingin menyatakan pendirian tegas kami terhadap penderaan kanak-kanak. JDT menggesa setiap masyarakat melindungi kanak-kanak dengan sentiasa berwaspada terhadap sebarang perbuatan yang mencurigakan melibatkan penderaan dalam sebarang bentuk yang boleh terjadi. 

“Jika anda mengesyaki sesuatu, sila laporkan dengan segera,” katanya dalam entri tersebut.

KERATAN laporan Mingguan Malaysia hari ini.

Semalam, isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam turut bersuara berhubung kes berkenaan dan berjanji akan melakukan sedaya upaya untuk membantu mangsa dera tersebut.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” tulisnya di laman Instagram miliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya