TMJ jumpa Rina Harun esok, bincang kes Bella

TMJ jumpa Rina Harun esok, bincang kes Bella

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, esok.

Pertemuan berkenaan bertujuan membincangkan soal pembelaan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) sindrom down iaitu Bella yang sedang dibicarakan ketika ini.

Tunku Ismail berkenan memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman sosial Twitter miliknya, hari ini.

“Esok saya akan berjumpa dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membincangkan isu kes Bella dan mendapatkan taklimat terkini mengenai langkah-langkah yang telah diambil kementerian untuk memastikan kes sebegini tidak akan berlaku lagi,” titahnya.

TMJ akan bertemu Rina Harun bagi membincangkan kes penderaan Bella.

Semalam, Rina memaklumkan pihaknya akan menghadap Tunku Ismail dan Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda Bustamam bagi mempersembah status perbicaraan kes penderaan Bella. 

Rina berkata, kementeriannya sedia bekerjasama dengan peguam baginda bagi membantu kes prosiding penderaan remaja perempuan itu. 

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

Terdahulu, Tunku Ismail senada dengan isterinya, Che’ Puan Besar yang berkongsi pendirian sama bagi membantu menuntut keadilan buat remaja perempuan OKU berkenaan.

Kisah Bella, 13, mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila dia didakwa didera dan diabaikan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31. 

Mahkamah sebelum ini mengenakan dua pertuduhan Siti Bainun iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya