TLDM perlu kekal teguh pertahan benteng negara - Sultan Sharafuddin

TLDM perlu kekal teguh pertahan benteng negara – Sultan Sharafuddin

SULTAN Sharafuddin Idris Shah (kiri) dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) teguh menjadi benteng mempertahan kedaulatan dan keselamatan perairan negara daripada ancaman luar.

Baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM menyeru warga The Navy People kekal fokus dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing serta mengekalkan semangat juang yang tinggi.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari TLDM Ke-88 kepada seluruh warga pasukan keselamatan itu.

Baginda turut menzahirkan terima kasih dan penghargaan kepada setiap warga TLDM yang sentiasa komited mencurahkan khidmat bakti dan ketaatsetiaan terhadap perkhidmatan mereka serta negara.

Sultan Sharafuddin turut mahu The Navy People terus kekal memelihara tradisi dan adat resam Tentera Laut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya