TLDM halang pencerobohan 21 bot nelayan asing

TLDM halang pencerobohan 21 bot nelayan asing

BOT nelayan asing yang ditahan KD Jebat di perairan Pulau Perak, Kedah, semalam. - IHSAN TLDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengekang pencerobohan 21 buah bot nelayan asing ke perairan negara berhampiran perairan Pulau Perak, Kedah, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Komander Komponen Maritim  (MCC) Barat mengatur gerak aset terhampir, Kapal Diraja (KD) Jebat ke lokasi pengesanan awal bot tersebut iaitu di sekitar perairan selatan Pulau Perak.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM di sini memaklumkan,  sebaik sahaja tiba di posisi pengesanan, KD Jebat melakukan tindakan pengusiran terhadap tiga bot dan mengiringinya sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

“Sementara baki 18 buah bot lagi dipercayai meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran dan keberadaan aset pertahanan maritim negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.

Menurut kenyataan itu, terdahulu, pesawat B200T (RMF 377) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan keberadaan 21 bot di dua posisi berbeza iaitu pada 36 batu nautika selatan Pulau Perak dan 40 batu nautika barat laut pulau yang sama.

“Maklumat pengesanan lantas disalurkan kepada MCC bagi tujuan tindakan lanjut. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berkompromi dalam aktiviti yang melibatkan keselamatan dan  ketidakpatuhan undang-undang negara.   

“TLDM bersama agensi penguatkuasa maritim yang lain sentiasa memperkasa kesiagaan aset-aset Op Benteng Laut demi menjaga perairan dan kedaulatan negara,” kata kenyataan itu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya