Tiket bas raya dari Lembah Klang ke Kota Bharu laris  - Utusan Malaysia

Tiket bas raya dari Lembah Klang ke Kota Bharu laris 

CHE Ibrahim Che Ismail (dua dari kanan) menyampaikan wang zakat kepada penerima di Hentian Gua Musang, semalam. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jualan tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) ke semua destinasi di semenanjung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri laris dan menghampiri 100 peratus terjual.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, sambutan hangat diterima penduduk di luar Kelantan terutamanya bagi perjalanan Lembah Klang ke Kota Bharu yang mendapat peluang pulang beraya selepas dua tahun terhalang akibat wabak Covid-19.

Menurut beliau, untuk operasi bas ekspres pada musim perayaan pihaknya menjangkakan secara purata sebanyak 120 perjalanan sehari berbanding hanya 90 sehari pada hari biasa.

“Ada sedikit lagi baki tiket dan kita membuat keputusan untuk membuat tambahan 30 perjalanan seminggu sebelum  hari raya ini menjadikannya 120 perjalanan sehari bagi semua destinasi.

“Sebanyak 70 buah bas akan beroperasi sepanjang musim perayaan termasuklah di laluan Kuala Lumpur – Kota Bharu, Kota Bharu – Johor, Kota Bharu – Pulau Pinang dan Kota Bharu – Kedah,” katanya pada Majlis Penyampaian Zakat kepada 300 asnaf di Hentian Gua Musang di sini, petang semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan GM Station Sdn. Bhd, Naemah Ya’akob.

Che Ibrahim yang juga Pengerusi Eksekutif Hentian Gua Musang berkata, E-Mutiara juga tidak berdepan masalah kekurangan pemandu apabila 150 pemandu masih setia berkhidmat.

Kata beliau, pihaknya lega dan berterima kasih kepada kerajaan apabila  kelonggaran rentas negeri diberikan sempena Hari Raya Aidilfitri ini menyebabkan perantau memilih pengangkutan bas untuk pulang ke kampung.

“Selepas dua tahun penjualan tiket bas bagi perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri tidak terjual, kini ia laris ibarat pisang goreng panas.

“Situasi itu berlaku kerana keterujaan golo­ngan perantau untuk beraya di kampung selepas mereka terkurung akibat pandemik Covid-19,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya