Tiga pemburu ditangkap miliki senjata tanpa lesen, permit - Utusan Malaysia

Tiga pemburu ditangkap miliki senjata tanpa lesen, permit

SENJATA buatan sendiri dan peluru yang dirampas ketika serbuan sempena operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 4/2022, di kawasan Kampung Bukit Pencorong, Hulu Bera di Bera, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Dua lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memiliki senjata tanpa permit dalam serbuan sempena operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 4/2022, di kawasan Kampung Bukit Pencorong, Hulu Bera di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Ramli Wan Salin berkata, operasi terbabit diadakan oleh pihak Batalion 18 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Hulu Perak dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan.

Menurutnya, ketika kejadian, pasukan serbuan terdiri daripada seorang pegawai rendah Polis Batalion 18 PGA, sembilan penguat kuasa Perhilitan dan seorang penguat kuasa Jabatan Perhutanan sedang melakukan rondaan dan menahan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero berwarna biru.

“Hasil serbuan itu, kami merampas satu laras senjata disyaki buatan sendiri, sembilan butir peluru nombor empat berwarna hijau, lima butir peluru OON berwarna merah, dua butir peluru OOB berwarna hijau dan sebutir peluru berwarna biru yang mana ke semua senjata dan peluru itu disyaki digunakan untuk aktiviti pemburuan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Ramli, selain turut merampas kenderaan dinaiki suspek, satu beg kanvas berwarna hijau dan sebuah telefon bimbit jenama Vivo berwarna hitam juga dirampas dalam serbuan itu.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM20,000 dan hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai permit dan lesen membawa senjata dan peluru hidup,” katanya.

Katanya lagi, ketiga-tiga suspek telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bera untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya