Tidak menang tangan siap tempahan kuih raya

Tidak menang tangan siap tempahan kuih raya

TENGKU Yusrina Tengku Sulong menunjukkan sebahagian kuih raya yang  ditempah pelanggan di kedainya di Seberang Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza buat seorang peniaga dari Seberang Batu Hampar di sini, apabila tempahan kuih raya diterimanya meningkat sekali ganda.

Jika dua tahun sebelum ini tempahan kuih raya diterimanya hanya sekitar 1,000 balang namun kali ini meningkat kepada 2,000 balang.

Tengku Yusrisna Tengku Sulong, 36, berkata, ekoran sambutan yang sangat menggalakkan, dia menutup tempahan kuih raya seawal hari kesepuluh berpuasa baru-baru ini.

“Sebelum ini ada pelanggan yang membatalkan tempahan kerana mereka tidak dapat pulang ke kampung. Namun tahun ini suasananya berbeza dan tempahan sangat baik.

“Sebanyak 2,000 balang tempahan yang saya terima adalah bagi enam jenis kuih raya termasuk paling banyak permintaan adalah tart nanas,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tengku Yusrisna berkata, dia mengambil lapan pekerja bagi membantunya menyiapkan tempahan kali ini.

“Saya gembira pekerja yang sudah bersama saya sejak sembilan tahun lalu dapat bekerja kembali tahun ini. Saya bermula dari rumah secara kecil-kecilan. Setahun sebelum pandemik, saya tekad membuka kedai dengan menyewa dua premis kedai di kawasan ini bagi perniagaan kedai makan.

“Dugaan pandemik menjadikan kini saya menyewa satu premis sahaja. Diharapkan aktiviti ekonomi terus berjalan rancak bagi membolehkan peniaga seperti saya bangkit kembali menjana pendapatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya