Tiada tindakan tegas punca kes rasuah makin rancak - Anwar Ibrahim

Tiada tindakan tegas punca kes rasuah makin rancak – Anwar Ibrahim

dana 1mdb
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kes salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah semakin rancak berlaku di negara ini berikutan tiada tindakan undang-undang yang tegas daripada pihak berwajib.

Ketua Pembangkang itu berkata, ini kerana selepas kes melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), rampasan jutaan ringgit di Kota Kinabalu, Sarawak dan kini muncul pula kes melibatkan rasuah projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

“Pendedahan kes seperti ini menunjukkan bahawa negara kita semakin rosak akibat budaya rasuah yang berskala besar. 

“Ia ternyata satu tragedi yang menimpa negara tatkala rompakan oleh pemimpin dan golongan elit mencecah puluhan bilion tanpa titik noktah dan rakyat miskin serta golongan yang terpinggir hampir pasti tidak akan mendapat pembelaan. 

“Malah kes-kes seperti ini semakin rancak dan tiada ketegasan dari segi tindakan serta undang-undang oleh pihak berwajib.

“Saya mengalu-alukan langkah tegas SPRM dalam beberapa kes mutakhir ini, namun kami tetap mendesak agar tindakan terus diambil terhadap pimpinan politik dan penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Semalam, media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lapan individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek milik GLC bernilai lebih RM2.3 bilion. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya