Tiada lanjutan MoU lagi, Ismail Sabri wakili UMNO - Ahmad Maslan

Tiada lanjutan MoU lagi, Ismail Sabri wakili UMNO – Ahmad Maslan

MoU Kerajaan Persekutuan- Pakatan Harapan (PH)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kenyataan pelbagai pihak terutama pemimpin pembangkang bahawa UMNO tiada kena mengena dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) adalah tidak tepat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, memorandum itu ‘berdiri’ atas beberapa pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Naib Presiden UMNO.

Maka, Ahmad menegaskan UMNO tidak lagi akan menyokong agar ia diteruskan selepas perjanjian berkenaan berakhir pada 31 Julai ini.

“Dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, tiada siapa yang akan menandatangani bagi pihak UMNO kerana kita tidak menyokong sekiranya ada usaha  meneruskannya selepas 31 Julai ini,” katanya selepas menghadiri program Satu Juzuk Satu Minggu (SJSM) al-Quran di Benut, semalam.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang seperti Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub supaya UMNO tidak mencampuri urusan MoU itu yang melibatkan kerajaan Persekutuan dengan PH.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberitahu, tidak timbul soal UMNO mencampuri perkara itu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh MKT parti telah mengambil kira beberapa faktor.

“Tentunya keputusan tersebut berdasarkan fakta dan hujah yang kukuh daripada UMNO kenapa persefahaman MoU tersebut tidak perlu dilanjutkan selepas 31 Julai. Semua perlu lihat secara terperinci kandungan MoU tersebut yang ditandatangani pada 13 September 2021 yang merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan meminta penjelasan daripada Perdana Menteri mengenai perkara itu, Ahmad berkata, tiada apa yang perlu dijelaskan lagi.

“Kami (MKT UMNO) telah membuat keputusan tersebut dan tiada mana-mana pihak yang akan mewakili UMNO untuk menandatangani MoU lanjutan selepas tarikh berkenaan dengan ketetapan yang telah dibuat,” ujarnya.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya