Terus patuh SOP fasa peralihan endemik

Terus patuh SOP fasa peralihan endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh peralihan fasa endemik.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, sepanjang tempoh itu, PDRM terus menjalankan operasi-operasi penatuhan di seluruh negara.

Kata beliau, ia bagi memastikan masyarakat kekal mematuhi SOP yang ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Individu yang didapati sengaja melanggar peraturan ditetapkan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Akta itu mengikut SOP terkini bertarikh 1 April dan warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 31 Mac 2022, P.U. (A) 83,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya