Terlampau banyak yang ingin dikongsikan - Elyana - Utusan Malaysia

Terlampau banyak yang ingin dikongsikan – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Elyana Emrizal meluah rasa syukur apabila pihak WebTVAsia memberikan peluang untuk berkarya sekali gus merealisasikan impiannya.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, berkata, hasratnya sudah lama dirancang dan mahu dikongsikan kepada khalayak terutama peminatnya.

“Memang sudah lama pun saya nak aktif dalam YouTube ini. Sebabnya, ada terlampau banyak yang ingin kongsikan kepada peminat saya.

“Harapan saya untuk projek ini, moga-moga dapat memberi manfaat bukan untuk diri saya dan ‘team’ sahaja, bahkan kepada semua yang pernah melalui pengalaman seperti saya.

“Mungkin saya dapat memberi semangat dan inspirasi keceriaan dalam hidup bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia juga,” katany.

Elyana yang popular dengan lagu Niat, Kalis Rindu dan Tapak Sulaiman juga percaya, ramai lagi insan di dunia ini memerlukan semangatnya untuk meneruskan hidup mereka.

Sebagai informasi, WebTVAsia telah mengumumkan Elyana sebagai bakat MCN baharu di bawah naungan mereka. Majlis sesi menandatangi kontrak itu berlangsung di pejabat HQ, WebTVAsia, Jumaat lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya