Terengganu umum 5 Mei cuti peristiwa

Terengganu umum 5 Mei cuti peristiwa

AHMAD Samsuri Mokhtar (tiga dari kiri) mengumumkan cuti peristiwa pada 5 Mei ini dalam Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri 2022 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa negeri. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini. 

Katanya, pengumuman cuti kelepasan am berkenaan memberi peluang kepada rakyat terutama golongan penjawat awam untuk berhari raya lebih lama bersama ahli keluarga dan saudara masing-masing. 

“Kita bersetuju mengisytiharkan cuti peristiwa pada Khamis depan, namun dengan syarat jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 3 dan 4 Mei,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Wanita peringkat negeri 2022 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. 

Pada 20 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan pakar falak terkenal tanah air, Hanafiah Abdul Razak yang mengunjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pada 3 Mei.

Ia berdasarkan kajian dan pemerhatian beliau yang mendapati kenampakan hilal Syawal pada petang rukyah 29 Ramadan atau 1 Mei ini agak sukar dilihat dan jasad cahayanya.

Jika hitungan itu diterima, masyarakat Islam di Malaysia berpuasa genap 30 hari buat tahun keempat berturut-turut setelah kali terakhir Ramadan cuma 29 hari ialah pada 2018. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya