Terengganu catu air tengah malam - Utusan Malaysia

Terengganu catu air tengah malam

Terengganu catu air tengah malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak empat daerah di negeri ini terlibat dengan catuan bekalan air pada tengah malam bagi menampung keperluan yang meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Abdul Karim Endut berkata, pengguna akaun di beberapa kawasan di Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut dihentikan bekalan air bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 4.30 pagi.

“Langkah menutup bekalan air secara berjadual itu akan memastikan paras tangki mencukupi untuk kegunaan yang bertambah pada waktu siang

“Di Besut misalnya belum pernah berdepan kekurangan bekalan air tetapi kita membuat persediaan awal susulan jangkaan kepulangan ramai perantau kali ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abdul Karim, penggunaan air di negeri ini dijangka meningkat 10 peratus sepanjang waktu puncak iaitu dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, katanya, Satu akan menempatkan 86 tangki statik di lokasi-lokasi terpilih bagi mengelak kemeriahan sambutan rakyat penduduk terganggu akibat masalah bekalan air.

Beliau turut memberi jaminan masalah gangguan bekalan air yang lazimnya menimpa penduduk daerah ini tidak akan berlaku pada Syawal, kali ini dengan penambahan 28 juta liter air sehari (mld) menerusi pengoperasi loji baharu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya