Tawaran beli-belah saat akhir Bazar Kita Raya 2022

Tawaran beli-belah saat akhir Bazaar Kita Raya 2022

ORANG ramai membeli-belah di Bazar Kita Raya 2022 di Stadium Shah Alam, Selangor sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Orang ramai yang mencari baju raya pada saat-saat akhir kerana tidak berkesempatan ekoran kesibukan bekerja masih boleh membeli-belah apabila Bazaar Kita Raya 2022 dibuka dari pukul 5 petang hingga 3 pagi sehingga 1 Mei ini.

Pembeli yang ingin membeli-belah menjelang Aidilfitri hujung minggu ini boleh mengunjungi Bazaar Kita Raya yang beroperasi di Stadium Shah Alam, di sini bagi mendapatkan persiapan seperti baju, koleksi kuih raya dan lain-lain.

Pengarah Urusan Arena Vision Management, Raja Hairul Azmil Tengku Azmi berkata, walaupun hari raya tiba tiga hari lagi, bazar tersebut masih menerima ribuan pengunjung yang ingin membuat persiapan menyambutnya.

“Kami bersedia jika lebih ramai pengunjung terutama dari Shah Alam dan Klang yang belum membeli-belah untuk mendapatkan pelbagai barangan di bazar kami sebagai persiapan menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut Selasa ini.

“Malah, peniaga-peniaga dijangka membuat tawaran pengurangan harga lebih istimewa pada dua hari terakhir Bazaar Kita Raya 2022,” katanya ketika ditemui di bazar berkenaan yang dianjurkan dengan sokongan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).


PELBAGAI pilihan pakaian dan aksesori terdapat di Bazaar Kita Raya 2022 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Pelbagai barangan jenama tempatan popular dijual di 150 gerai di situ seperti Sampin Murah KL, Kopi Dua Darjat, Usahawan Angkasa, De’Xandra, Sugarbomb dan Honeybae.

Tambahnya, Bazaar Kita Raya turut menyediakan kemudahan kepada pengunjung untuk membeli-belah dengan selesa seperti surau, ruang permainan kanak-kanak dan tandas.


TIGA pengunjung wanita tidak melepaskan peluang mendapatkan perfum pilihan mereka di Bazaar Kita Raya 2022 di Stadium Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, seorang petugas Bulan Bintang Worldwide, Nazrin Akashah Mohd. Fadzil memberitahu, terdapat kira-kira 600 pilihan baju raya masih terdapat di gerainya dan orang ramai boleh segera mendapatkannya selepas ribuan helai terjual sejak bazar tersebut dibuka.

“Bagi mereka yang mahu mendapatkan baju Melayu Bulan Bintang, anda kena datang cepat kerana stok cepat habis. Saya jual baju Melayu tak mahal, harga bawah RM200 sahaja dan yakin semua orang mampu memilikinya dengan harga tersebut,” jelasnya.

Bagi peniaga barangan berjenama Sabella, Nur Ashikin Che Mohd. Sukarhata pula, gerainya menawarkan baju kurung berharga bawah RM100 sebelum Bazaar Kita Raya ditutup.

“Sabella menawarkan baju kurung yang boleh dipakai terus, tanpa perlu digosok. Lebih mudah sebab boleh sahaja terus disarung di pagi raya. Kena cepat sebab jualan ibarat pisang goreng panas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya