PETALING JAYA: Pelawak dan penyanyi, Achey, terpaksa bergegas pulang ke kampung halaman selepas sebaik sahaja menerima perkhabaran kesihatan ibu tercintanya, Ngaisah Hassan, yang tiba-tiba merosot.
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Sakit itu ada memuat naik satu video yang memperlihat dia dalam perjalanan untuk pulang ke Segamat, Johor.
Menurut Achey, dia terpaksa menangguhkan segala tugasan di ibu kota dahulu apabila menerima perkhabaran tersebut.
“Kami tangguhkan dahulu kerja-kerja yang ada. Kesihatan mak merosot.
“Doakan mak saya @hajah_ngaisah baik-baik…. mak kuat. Insya-Allah,” coretnya ringkas.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis turut menitipkan doa yang baik-baik buat ibunya.
“Semoga baik-baik dan dipermudahkan abang,” komen penyanyi Wanns Ahmad.
“Ya Allah, Kau berikanlah kesembuhan buat mak, Ya Allah. Buat Achey, hati-hati ya. Jangan putus doa buat mak,” komen juga pelakon Jozlynn.
“Amin. Saya doakan mak Achey sihat,” komen usahawan Aliff Syukri.