Tangguh RUU Anti Lompat Parti bukti Parlimen dikuasai jemaah menteri

Tangguh RUU Anti Lompat Parti bukti Parlimen dikuasai jemaah menteri

SHAHRIR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan penangguhan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dijadualkan dibentang Isnin ini menjadi bukti bahawa Parlimen masih dikuasai jemaah menteri. 

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan ungkapan ‘Tak Syiok’ yang digunakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi mencerminkan kekecewaannya. 

“Ungkapan ‘Tak Syiok’ mengesahkan penolakan oleh sebahagian ahli jemaah menteri terhadap cadangan RUU Lompat Parti tidak mampu menutup bahawa Parlimen masih dikuasai oleh Eksekutif (iaitu jemaah menteri) atau sebahagian daripadanya.

“Walhal Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dalam mukadimahnya berjanji untuk ‘berusaha untuk mewujudkan sebuah lanskap politik yang baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasa peranan institusi Parlimen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Sehubungan itu, Shahrir berkata, kesemua ungkapan kata-kata yang hebat-hebat mengenai ‘transformasi’ politik melalui suatu memorandum yang disifatkan bersejarah ditolak begitu sahaja ke tepi oleh sebahagian ahli jemaah menteri. 

Katanya, perkara yang terjadi itu tidak mencerminkan landskap politik yang baru kerana jemaah menteri masih boleh menggagalkan apa yang telah dipersetujui majoriti ahli-ahli Parlimen. 

“Bukan pun seluruh jemaah menteri! Sebahagian sahaja! Lebih ramai ahli Parlimen yang bersetuju daripada bilangan menteri yang menolak!

“Ini bukan ‘memperkasakan peranan institusi Parlimen’ kerana kata-putus berada pada ‘sebahagian ahli jemaah menteri’!

“Kasihan saya tengok ‘Kerajaan MoU’ ini, perkara dalam mukadimah memorandumnya pun tak dapat dicapai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya