Tak pasti jika ada cubaan sabotaj atau dengki dengan saya - Mawar Karim

Tak pasti jika ada cubaan sabotaj atau dengki dengan saya – Mawar Karim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Usahawan, Mawar Abdul Karim, mengaku bahawa emosinya terganggu berhubung dakwaan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman bernilai RM720,000 daripada seorang rakan sekali gus berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrap.

Menurut Mawar, dia terkejut dengan dakwaan yang disebarkan di media sosial sekaligus tampil untuk membuat penjelasan.

“Pertama kali tentunya emosi saya terganggu dan orang sekeliling juga bertanya dan mempertikai selepas mengetahui berita tersebut di media sosial.

“Saya tidak menerimanya menerusi surat rasmi. Saya sendiri sebagai usahawan dan saya memikirkan juga soal keselamatan anak, keluarga, bisnes, pembekal, reputasi perniagaan saya yang terjejas.

“Bagi saya dalam perniagaan, perlu ada kepercayaan. Apabila timbul isu begini, ia akan mengundang persoalan dan menjejaskan perniagaan saya selain mungkin beranggapan saya tidak boleh dipercayai,” katanya.

Selain itu, Mawar menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hutang dan masalah kewangan termasuk tidak mengenali plaintif.

“Saya tiada hutang dan saya tidak mengenali plaintif. Setakat ini, saya tiada masalah kewangan. Saya sekali lagi menegaskan dakwaan itu tidak tepat dan tidak pernah berurusan dengan individu terbabit.”katanya.

Menurut Mawar lagi, dia juga tidak mengetahui apa niat sebenar individu terbabit.

“Saya pun tak pasti apa niat sebenar individu terbabit. Adakah ini dengki atau cubaan mensabotaj saya dalam perniagaan,”katanya.

Dalam pada itu, Mawar yang diwakili oleh Peguambela dan peguamcara daripada Zabir Imran and Partners, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Tentuan Azali & Co, Mohd Azali Ibrahim memaklumkan, esok akan berlangsung sesi pendengaran permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ingkar kehadiran di mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi.

“Buat masa ini, kami fokus kepada permohonan ini terlebih dahulu sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh mahkamah.

“sama ada Mawar akan membuat tuntutan balas atau tidak selepas ini, kami masih dalam proses untuk memberikan nasihat dengan sewajarnya kepada pihak anak guam kami,” katanya.

Terdahulu, Mawar didakwa berdepan tindakan pengisytiharan bankrap susulan dakwaan dia ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang rakan.

Pada 13 April lalu, media melaporkan peguam Nik Zarith Nik Moustpha dari Tetuan Mohd Asyraf Nik Zarith & Co yang mewakili plaintif iaitu kenalan Mawar bernama Nabil Mat Jahya ketika dihubungi berkata, apa yang berlaku bukan fitnah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya