Tak nak aibkan sesiapa, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku... -Mak Wan Latah - Utusan Malaysia

Tak nak aibkan sesiapa, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku… -Mak Wan Latah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon veteran, Mak Wan Latah, mengambil jalan terbaik enggan mengulas lanjut punca perpisahan bersama bekas suaminya, Husain Dolah, kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

Perkara tersebut dimaklumkan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 menerusi satu video penjelasan yang dimuat naiknya di entri Facebook.

Menurut Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, dia reda dengan segala ketentuan itu dan menerima segala takdir yang sudah ditentukan Ilahi buat dirinya.

“Assalamualaikum, bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Kadang kala saya tidak sihat mahupun kuarantin.

“Saya tak nak menjawab kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu juga mengaibkan keluarga belah sana (bekas suami).

“Walaupun ada sahaja perkara yang saya ingin beritahu, tetapi saya tak nak. Biarlah Allah sahaja yang menghukum dan menentukan segalanya,” tuturnya.

Mengulas lanjut, Mak Wan menitipkan harapan supaya tiada mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan bercerita perkara tidak benar berhubung penceraiannya itu.

“Moga-moga orang di luar sana sentiasa dipelihara Allah. Cukup-cukuplah, jangan memfitnah lagi. Perkara sudah selesai.

“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Biarlah saya dan Allah sahaja yang menentukan semua ini. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. Itu sahaja.

“Yang lain, saya serahkan kepada Allah. Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini. Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya,” ujarnya.

Semalam, ikatan perkahwinan mereka akhirnya terlerai apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Terdahulu, mereka telah disatukan pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya