Tak kisah jantina, asalkan sihat - Uyaina Arshad

Tak kisah jantina, asalkan sihat – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memberitahu dia dan suami, Raja Syahiran tidak pernah mempersoalkan jantina bayi dalam kandungannya ketika ini.

Kata Uyaina atau nama sebenar, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, apa yang lebih diutamakan adalah kesihatan dan pembesaran anak sulungnya itu.

“Sejujurnya, kami tak kisah lelaki ke, atau perempuan. Asalkan bayi sihat, fizikal sempurna. Itu pun dah membuatkan kami gembira, Alhamdulillah.

“Buat masa ini, kami belum tahu jantina bayi lagi. Tunggu dululah. Setiap kali berjumpa doktor, mesti ada keinginan nak tahu jantina, lelaki atau perempuan. Tapi tak apa, belum lagi rasanya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercerita lanjut, pengacara program Wanita Hari Ini itu memberitahu dia, meskipun sudah empat bulan mengandung, masih bekerja seperti biasa.

“Cuma saya tidak ambil tawaran yang melibatkan tempoh penggambaran yang panjang. Saya akan ambil kerja berlakon untuk telemovie yang pendek.

“Saya masih melakukan kerja pengacaraan. Mengacara tak lama, lepas habis boleh terus balik. Untuk drama, memang saya akan tangguhkan dahulu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Uyaina memaklumkan dia tidak mengalami perubahan-perubahan ketara, hanya hilang selera makan dan sering muntah-muntah ketika fasa awal kehamilannya dahulu.

“Awal tu selalu muntah-muntah. Badan jadi tak larat sampai seharian saya duduk saya di rumah.

“Saya, pada ketika itu, tak boleh hidu bau-bauan, wangian. Sensitif. Tapi sekarang dah okey. Selera makan pun dah kembali,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Uyaina terharu dengan keprihatinan peminat yang sentiasa memberikan komen-komen positif dan mendoakan agar kehamilannya berjalan lancar.

“Awal dahulu, saya dan suami tidak bercadang untuk mengumumkan tentang kehamilan ini. Kalau boleh, biarlah stabil dahulu.

“Tetapi, rata-rata netizen sudah dapat meneka. Ramai yang bertanyakan adakah saya mengandung walaupun saya dah sedaya upaya sembunyikan perut.

“Tak seronoklah kalau kita diamkan pertanyaan orang. Jadi kami putuskan untuk kongsikan berita gembira ini dengan semua selepas kehamilan saya masuk 15 minggu,” ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya