Tak ada hati nak sambut Aidilfitri - Mangsa tanah runtuh

Tak ada hati nak sambut Aidilfitri – Mangsa tanah runtuh

KEADAAN terkini di taman perumahan Taman Bukit Permai, Ampang yang musnah akibat kejadian tanah runtuh Mac lalu ketika tinjauan Utusan Malaysia semalam. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir semua mangsa tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang menyifatkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini suram kerana kediaman mereka yang masih belum pulih sepenuhnya.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tragedi yang mengorbankan empat nyawa sebelum ini mendapati keadaan kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih masih berjalan walaupun sudah sebulan kejadian tersebut berlaku.

Malah, mereka memilih menyewa hotel atau homestay sementara menunggu makluman daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kediaman mereka kembali selamat untuk diduduki.

Seorang mangsa kejadian tanah runtuh itu, Mohd. Sharif Jiran, 60, berkata, dia tidak mahu memikirkan mengenai sambutan Aidilfitri kerana lebih khuatir dengan keadaan rumahnya.

Bekas kontraktor turut kesal apabila PBT seperti tidak mengendahkan laporan awalnya yang dibuat sejak pertengahan Januari lalu walaupun selepas 10 hari tapi tiada tindakan diambil.

“Memang bila tanah runtuh berlaku, tiada imaginasi nak bayangkan keadaan keesokan harinya apatah lagi menyambut Aidilfitri dengan keadaan seperti ini, jadi memang tidak terlintas untuk berfikir mengenai itu.

“Ditambah pula salah seorang yang nahas itu amat rapat dengan saya sehingga mendiang itu dianggap sebagai nenek. Jadi ada rasa serba salah apabila tak boleh nak tolong atau masuk walaupun melihat kejadian depan mata,” katanya semasa ditemui di Jalan Teratai semalam.

Terdahulu, akhbar melaporkan, lebih 200 penghuni di 48 rumah di Taman Bukit Permai 2 di Ampang diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan kajian terperinci di kawasan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi mangsa tanah runtuh, Mohd. Fadzil Mohd. Hanif, 59, memaklumkan keluarganya menghadapi nilai kerugian kira-kira RM100,000 apabila nahas itu menghancurkan rumah dan kenderaanya.

Jelasnya yang kini sedang menetap di kediaman keduanya, dirinya tidak melakukan apa-apa persiapan untuk menyambut aidilfitri.

“Ada pihak yang mengatakan kami boleh masuk balik ke rumah tetapi macam mana nak masuk jika tanah masih ada depan rumah? Macam mana nak sambut Aidilfitri? Sekarang ini saya anggap raya kali ini tidak membawa erti apa-apa.

“Yang penting sekarang saya fikir tentang masalah-masalah ini, anak saya pun trauma disebabkan kejadian ini. Saya harap ada pampasan diberikan kepada kami sebagai mangsa dan penduduk supaya dapat meringankan beban,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya