PUCHONG: Penyanyi, Syafiq Farhain mengakui sudah berkahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu di Terengganu.
Pun begitu, Syafiq atau nama penuhnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 28, tidak berniat untuk merahsiakan perkara baik tersebut.
“Saya akui sudah berkahwin tapi…dan sebenarnya tidak berniat pun untuk merahsiakannya daripada orang ramai sebab kalau orang tanya, saya akan beritahu saja,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai butiran perkahwinan, Syafiq enggan mengulas secara terperinci.
“Apa yang saya boleh katakan, memang saya sudah berkahwin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu di Terengganu.
“Sebenarnya orang yang rapat dengan saya semua tahu cuma, saya tidak menghebahkan perkara itu kepada khalayak. Tetapi kalau ada orang tanya, saya jawablah,” katanya.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui lada majlis berbuka Rusa dan MVM di Puchong, Selangor, sebentar tadi.
Demikian pengakuannya, Syafiq memberitahu, gadis pilihannya merupakan pengurusnya yang juga berasal dari negeri yang sama.
Ditanya berhubung keengganan mendedahkan status dirinya kerana takut mengganggu kerjaya, Syafiq menjawab ringkas.
“Bukan tak mahu dedahkan tapi saya rasa masanya belum sesuai sekarang. Mungkin bila dah tiba masanya, saya akan beritahu secara terperinci,” katanya.
Terdahulu, nama Syafiq hangat di media sosial selepas dikatakan sudah menamatkan zaman bujang namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.