Suspek kes bunuh kanak-kanak 11 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan - Utusan Malaysia

Suspek kes bunuh kanak-kanak 11 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan

TERTUDUH (tengah) didakwa membunuh kanak-kanak berusia 11 tahun di Sungai Soi, Kuantan di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini atas tuduhan terlibat dalam kes bunuh kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin dekat Sungai Soi pada 20 Mac lalu.

Tertuduh didakwa di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun selepas pertuduhan selesai dibacakan, tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan bunuh dengan menyebabkan kematian mangsa yang ketika kejadian berusia 11 tahun.

Tertuduh melakukan kesalahan itu antara pukul 3.45 hingga 4.15 petang pada 20 Mac lalu di Surau Ad-Nadwah, Kompleks Cempaka Permata Camar, Jalan Pantai Sepat, Kuantan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhlin Hani Khairon manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohd. Najib Husain.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, 20 Mac lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah pelajar senior di bangunan surau asrama berkenaan.

Mangsa dipercayai disepak, dicekik dan dihempas ke lantai oleh suspek sehingga tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya