Sultan Selangor

Sultan Selangor terima menghadap Ketua Pengarah Jakim

SULTAN Sharafuddin Idris Shah bersama Hakimah Mohd. Yusof (kiri) dan Dr. Afifi al-Akiti di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Baginda yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) disembah maklum mengenai perkembangan terkini hal ehwal dan isu berkaitan Jakim oleh Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Afifi al-Akiti.

Pada 9 April lalu, Sultan Sharafuddin menitahkan Jakim tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI termasuk isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani. 

Titah baginda, perkara itu berada di bawah bidang Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah berkenaan dan Majlis Raja-Raja. Jakim hanya bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI. 

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan timbalannya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diputuskan Jawatankuasa Muzakarah. 

Hakimah kemudian menjunjung titah baginda bahawa agensi itu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha MKI mengambil maklum titah berkenaan dan Sekretariat MKI akan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan arahan dari semasa ke semasa Pengerusi MKI. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya