Suami isteri dipenjara 4 bulan abai anak usia tiga tahun

Suami isteri dipenjara 4 bulan abai anak usia tiga tahun

PASANGAN suami isteri yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak perempuan mereka berusia tiga tahun.- UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sepasang suami isteri dipenjara empat bulan atas kesalahan mengabaikan anak perempuan mereka berusia tiga tahun.

S. Perhboo, 32, dan isterinya, R. Kalaivani, 31, dijatuhi hukuman tersebut selepas mereka gagal membayar denda berjumlah keseluruhan RM10,000 yang ditetapkan mahkamah.

Mereka dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini dan membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan bersama, kedua-dua tertuduh pada 23 April lalu di antara pukul 10 pagi hingga pukul 1 petang di sebuah rumah Ladang Kelpin, Jempol sebagai ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lapan bulan telah memukul kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan teruk di bahagian pipi, mulut dan leher. Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memberitahu, mereka hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan tidak menentu selain perlu menjaga kedua ibu bapa serta empat orang anak.

Difahamkan, keempat-empat anak tertuduh kini ditempatkan di bawah Unit Psikiatri Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya