Stesen pemindahan sisa pepejal diyakini selamat

Stesen pemindahan sisa pepejal diyakini selamat

ORANG ramai menyertai sesi townhall berkaitan pembinaan projek stesen pemindahan sisa pepejal di Kampung Air Putih, Pekan Nanas di Pontian, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerajaan akan memastikan projek pembangunan stesen pemindahan sisa pepejal di Kampung Air Putih, Pekan Nanas di sini, tidak menimbulkan masalah kepada penduduk pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, penduduk meminta jaminan kerajaan sekiranya stesen tersebut beroperasi kelak, ia tidak melibatkan pencemaran bau serta air.

Katanya, projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kos sebanyak RM17 juta di atas tanah seluas tiga hektar itu, memulakan kerja-kerja tapak baru-baru ini.

WEE JECK SENG

Menurut beliau, bantahan dibuat penduduk sebelum ini disebabkan kebimbangan mereka mengenai masalah bau memandangkan kedudukan stesen tersebut dengan kawasan penempatan hanya sekitar tiga kilometer.

“Terdapat beberapa perumahan seperti Taman Damai, Taman Bunga, Taman Sentosa selain beberapa buah sekolah serta penduduk di Kampung Sawah dan Kampung Air Putih menyuarakan kebimbangan sama.

“Kita amat memahami kerisauan mereka dan beberapa siri penerangan dan dialog akan terus diberikan bagi memberika kefahaman mengenai operasi stesen pepejal tersebut kelak,” katanya selepas sesi townhall antara pemaju bersama penduduk di sini, semalam.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Dr. Mohd. Fahmi Yusoff dan Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Muhammad Ridhwan Kamarudin.

Sebelum ini, kira-kira 50 penduduk mengadakan bantahan secara aman di tapak pembinaan tersebut yang merupakan tapak pelupusan sampah selama 10 tahun dan ditutup dua tahun lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya