PUTRAJAYA: Status halal sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia yang turut mengeksport daging ke Malaysia diragui apabila prosedur penyembelihan didakwa tidak mengikut syariat Islam. Yang mengejutkan, pusat penyembelihan di Lobethal, Selatan Australia itu ada dalam senarai diiktiraf kerajaan Malaysia dan mendapat perakuan badan pensijilan halal luar negara di Australia. Malah aktiviti penyembelihan juga dibuat secara penganiayaan terhadap haiwan apabila ada ternakan seperti biri-biri dilemaskan dalam darah haiwan itu untuk dimatikan. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor mendakwa, beliau mempunyai bukti kukuh menerusi maklumat diperoleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya