Solat sunat Aidilfitri di Pahang ikut SOP sedia ada

Solat sunat Aidilfitri di Pahang ikut SOP sedia ada

SYED IBRAHIM SYED AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Solat sunat Hari Raya Aidilfitri di negeri ini masih menggunakan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah harian, Jumaat dan tarawih yang berkuat kuasa sebelum ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, penetapan itu membabitkan SOP secara merapatkan sejadah tanpa berlaku sentuhan fizikal, dengan kehadiran terbuka kepada semua sama ada divaksin atau belum.

“SOP solat sunat Aidilfitri bagi tahun ini adalah sama seperti yang digunakan untuk solat berjemaah harian, Jumaat dan tarawih sebelum ini iaitu merapatkan sejadah tanpa sentuhan fizikal.

“Keputusan ini sudah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa ‘task force’ COVID-19 Pahang dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah),” katanya di sini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Jamuan Berbuka Puasa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Bersama Kepemimpinan UMNO Bahagian Pahang di sini, malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya