Siti Bainun marah, suruh gigit perut Bella

Siti Bainun marah, suruh gigit perut Bella

SITI Bainun Abd. Razali ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadiri sambungan perbicaraan pertuduhan dihadapinya melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun. - UTUSAN/ FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa dia diarahkan menggigit perut remaja Sindrom Down, Bella oleh Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd. Razali.

Yasmin Nahar Mahmood yang merupakan bekas penghuni Rumah Bonda berkata, sebelum diarahkan berbuat demikian, Siti Bainun mengarahkannya untuk memancutkan air panas menggunakan picagari terhadap Bella.

“Kesan gigitan di perut Bella tu saya yang buat atas arahan Siti Bainun sebab Bella diarahkan berdiri tetapi Bella nak duduk. Jadi Siti Bainun geram dan arahkan saya buat apa yang boleh buat kepada Bella.

“Saya ambil syringe (picagari) air panas bagi pada Bella. Bella menggelupur tapi tak jerit sakit, Siti Bainun jadi marah dan arahkan saya gigit perut Bella,” katanya.

Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan kes Siti Bainun yang didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan dan menganiaya seorang remaja Sindrom Down berusia 13 tahun menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Selain itu, Yasmin memberitahu, dia dan seorang lagi penghuni Rumah Bonda bernama Aida berasa takut apabila saksi pertama pendakwaan, pembantu pengurus syarikat, Zurianty Sudin atau yang dipanggil sebagai Mommy Zu ke kediaman tersebut dan menemukan Bella dalam keadaan penuh kesan kecederaan.

“Mommy Zu ke kondominium untuk memantau keadaan kami yang dikuarantin akibat Covid-19 dan beri makanan. Tiba-tiba Mommy Zu tanya kami mana Bella. Kami takut Mommy marah kalau nampak nampak luka-luka Bella.

“Tetapi kami lagi takut kalau Siti Bainun tahu kami beritahu perkara sebenar kepada Mommy (mengenai kecederaan Bella),” katanya.

Yasmin memberitahu, apabila Mommy memaklumkan hendak membawa Bella ke hospital, dia dan Aida menghubungi Siti Bainun secara senyap-senyap untuk memberitahu wanita terbabit berhubung perkara tersebut.

“Siti Bainun kemudian suruh kami mandikan Bella dan ajar Bella untuk menipu seperti kalau ada orang tanya ada orang pukul Bella tak, cakap tak ada. Macam mana kesan air panas, Bella buat sendiri. Siti Bainun suruh kami ajar Bella menipu,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung Rabu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya