Sisa domestik bazar Ramadan dijangka meningkat 15% - Utusan Malaysia

Sisa domestik bazar Ramadan dijangka meningkat 15%

J. Arul Kumar (dua dari kiri) bersama Siti Yusnita (kiri) mengedarkan risalah kepada peniaga di Bazar Ramadan Bandar Baru Nilai, Seremban hari ini.- UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menjangkakan berlaku peningkatan 15 peratus sisa domestik hasil penganjuran bazar Ramadan.

Pengarahnya, Siti Yusnita Mohamad berkata, sehubungan itu pihaknya menjalankan program MYSaveFood: Value Food No Waste di bazar Ramadan terpilih agar makanan dan minuman berlebihan diselamatkan daripada dibuang ke tapak pelupusan.

Menurut beliau, tahun lalu sebanyak 10 peratus daripada 1,000 kilogram makanan dan minuman berlebihan  diselamatkan daripada dibuang menerusi program MYSaveFood: Value Food No Waste.

“Masyarakat diseru menghargai makanan dan mengelakkan pembaziran di mana lebihan makanan peniaga bazar Ramadsn yang tidak terjual akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan,” kata beliau selepas mengedarkan risalah bagi Program kempen MYSaveFood: Value Food No Waste di Bazar Ramadan, Bandar Baru Nilai di sini hari ini. 

Pogram berkenaan t disertai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J. Arul Kumar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai dan kakitangan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dan ahli Pertubuhan Pemuda Gema Negeri Sembilan. 

Sementara itu, Siti Yusnita berkata, pada tahun lalu, program seumpama itu dapat menyelamatkan sebanyak 467.1 kilogram makanan dan 733 kilogram minuman daripada dibuang ke tapak pelupusan. 

“Antara jenis makanan yang masih baik dan diselamatkan seperti kuih dan minuman. Pihak kami akan memeriksa makanan yang diberikan oleh peniaga terlebih dahulu sebelum dihantar kepada beberapa lokasi menempatkan golongan memerlukan di sekitar Nilai pada tahun ini.

“Semua makanan dan minuman yang dikumpulkan ini boleh bertahan lama sehingga sahur. Statistik menunjukkan sebanyak 500 hingga 800 gram pembaziran makanan bagi setiap keluarga direkodkan setiap hari,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya