Seorang maut, dua cedera Alza bertembung lori

Seorang maut, dua cedera Alza bertembung lori

KEADAAN kemalangan membabitkan MPV jenis Perodua Alza dan lori tanpa muatan di Jalan Ara Kuda berhampiran Desa Ara Jaya, Tasek Gelugor, Pulau Pinang tengah hari tadi yang menyebabkan seorang maut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah lori jenis Volvo tanpa muatan di Jalan Ara Kuda berhampiran Desa Ara Jaya, di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta, Mohamad Fikri Mohd. Zuki, 27, yang tersepit di kerusi pemandu akibat kemalangan tersebut.

Difahamkan, Mohamad Fikri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh wakil Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di situ selepas mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan.

Sementara itu, salah seorang daripada mangsa yang cedera dipercayai merupakan saudara kandung Mohamad Fikri iaitu Muhammad Asyraaf Mohd. Zuki.

Turut cedera dalam nahas itu ialah seorang penumpang lain iaitu penumpang wanita, Basirah Aziz.

Keadaan pemandu lori bagaimanapun tidak diketahui kerana dia tidak ditemui di lokasi kejadian selepas kemalangan itu berlaku.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.09 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi.

“Kerja-kerja menyelamatkan mangsa tersepit dibuat dengan menggunakan pelbagai peralatan menyelamat dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan hampir 40 minit kemudian.

“Mangsa yang cedera dibawa ke hospital manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, operasi menyelamat mangsa itu tamat sepenuhnya kira-kira pukul 1.37 petang dan punca kemalangan masih dalam siasatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya