Semakin ramai minat nak jadi Puteri - Utusan Malaysia

Semakin ramai minat nak jadi Puteri

ZAHIDA Zarik Khan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim di Dewan Merak, Kesedar Inn di sini, semalam. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Keahlian Pergerakan Puteri UMNO di seluruh negara kini mencecah 300,000 orang dan lebih ramai wanita muda dijangka menyertainya pada masa akan datang.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini berlaku pertambahan ahli baharu yang bukan sahaja terhad kepada kaum Melayu.

Katanya, perkembangan positif itu seiring dengan peranan Puteri UMNO yang aktif mencungkil bakat muda sama ada dalam kepimpinan mahupun kerja-kerja kebajikan.

“Alhamdulillah kita lihat dalam tahun ni ada peningkatan sebab anak-anak muda mula yakin dan percaya mahu bersama dengan Puteri secara sukarela.

“Ramai yang bertanya melalui media sosial bagaimana proses nak jadi ahli. Kalau kita lihat sekarang anak muda mungkin kembali menyukai Barisan Nasional (BN),” katanya selepas Program Iftar Ramadan dan Sumbangan Duit Raya kepada anak yatim dan asnaf di Parlimen Gua Musang di Dewan Merak, Kesedar Inn di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Puteri UMNO Gua Musang, Norfadzlete Aryani Mat Rosli.

Tambah Zahida, sempena Ramadan ini Puteri UMNO aktif menjalankan pelbagai aktiviti bersama masyarakat seperti program berbuka puasa serta ziarah dan menghantar bantuan kepada golongan memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya