‘Saya setuju perlembagaan parti dipinda’ - Ku Li - Utusan Malaysia

‘Saya setuju perlembagaan parti dipinda’ – Ku Li

TENGKU Razaleigh Hamzah tiba di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang untuk berbuka puasa bersama ahli UMNO Bahagian Gua Musang, semalam. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah senada dengan desakan ahli akar umbi bahawa perlembagaan parti itu perlu dipinda.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, ia perlu berikutan perlembagaan sedia ada telah dilanggar dan perkara itu bagi beliau adalah memalukan.

“Pindaan ini perlu kerana kita rasa malu apabila kadangkala ada yang melanggar perlembagaan, melanggar peraturan dan undang-undang ditetapkan pihak berkuasa seperti pendaftar pertubuhan.

“Saya setuju dengan usul pindaan perlembagaan parti, namun perlu ada tarikh yang tetap. Macam syarikat juga, apabila akaun sudah cukup atau genap setahun, maka ada masa dua tiga bulan mesti diadakan mesyuarat agung untuk bentangkan penyata dan memilih pengarah-pengarah baru,” katanya ketika ditemui dalam majlis Iftar Ramadan di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei ini bagi melakukan pindaan Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.

Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan persidangan terbabit dibuat sebagaimana keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Sementara itu, Tengku Razaleigh memberi reaksi positif terhadap pemilihan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pun begitu kata beliau, sekiranya ada calon lain yang diletakkan oleh parti, Ismail Sabri perlu akur dengan ketetapan tersebut.

“Baguslah, kerana dia sudah jadi Perdana Menteri, tetapi segala-galanya ditetapkan oleh parti. Kalau parti tetapkan calon si anu, si anu, dia (Ismail Sabri) kena ikut.

“Dia hanya ‘poster boy’ untuk mengepalai kempen parti bagi memenangi pilihan raya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya