Satu jamin tiada gangguan bekalan air pada Aidilfitri

LRA Losong Pakej mula sebahagian operasi, Satu jamin tiada gangguan bekalan air pada Aidilfitri

ABDUL KARIM ENDUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Masalah gangguan bekalan air di Kuala Terengganu setiap kali Hari Raya Aidilfitri kini berakhir apabila Loji Rawatan Air (LRA) Losong Pakej di sini memulakan sebahagian operasinya, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Abdul Karim Endut berkata, pengoperasian loji berkapasiti 44 juta liter sehari (mld) itu akan memberi manfaat kepada 6,941 pengguna akaun yang melibatkan tangki Bukit Kecil dan tangki Panji. 

Sehubungan itu, katanya, tiada lagi aktiviti catuan bekalan air dilakukan di Kuala Terengganu menjelang musim perayaan beberapa hari lagi.

“Secara rasminya, 20 mld dihasilkan di LRA Losong Pakej bermula hari ini dan kita menjamin masalah bekalan air di sekitar Bukit Kecil akan dapat diatasi dalam jangka masa panjang sehingga 2030,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak empat daerah di negeri ini terlibat dengan catuan bekalan air pada tengah malam bagi menampung keperluan yang meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya