Saifuddin sah tanding Timbalan Presiden PKR 

Saifuddin sah tanding Timbalan Presiden PKR 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, Mei ini.

Saifuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu memaklumkan perkara berkenaan ketika berucap pada Mesyuarat Agung Cabang Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Kelantan di Kota Bharu.

Beliau menganggap saingannya, bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai rakan yang bersama mahu bangkitkan kepemimpinan parti itu.

“Kalau harapan telah saya ungkapkan saya dengan ini dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya Saifuddin Nasution mengumumkan hari ini bahawa saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

“Saya bertekad meneruskan usaha sehabis daya membantu institusi presiden yang kini disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti sebelumnya membantu Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk mengukuh dan mempersiap parti menghadapi pilihan raya umum bersama rakan-rakan pimpinan seluruh.

“Sejujurnya, Rafizi merupakan aset parti. Seorang yang kreatif, intelektual, tinggi daya juang, dan dihormati kawan dan lawan. Justeru, persaingan ini adalah tawaran dua rakan yang ingin terus menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi yang diizinkan di dalam perlembagaan parti,” katanya.

RAFIZI RAMLI

Pada 15 Mac lalu, Rafizi mengambil keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik selepas lebih dua tahun berehat dengan mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu. 

Kehadiran Rafizi disambut baik pelbagai pihak dengan semangat beliau yang sering menjadi penyusun strategi untuk parti itu termasuk ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

Saifuddin yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau telah bersama parti itu sejak awal penubuhannya dan kesetiaannya tidak berubah sejak 23 tahunlalu.  

“Saya bersyukur kerana ikut terlibat sejak awal penubuhan parti dan ikut kekal sehingga saat ini. Saya menyaksikan sendiri bagaimana PKR berkembang daripada sebuah parti kecil, diterima rakyat pelbagai kaum, bertapak di bandar dan pedalaman serta disertai pelbagai lapisan masyarakat.

“Parti ini lalu lima pilihan raya umum dan telah berpengalaman menjadi kerajaan negeri. Presiden pernah berkongsi nasihat, katanya kejayaan sebenar reformasi bukan diukur dengan bilangan kerusi yang dimenangi.

“Bukan berapa ramai yang menjadi Yang Berhormat atau mendapat jawatan besar tetapi kejayaan besar kita adalah menjadikan agenda reformasi sebagai dasar supaya rakyat dapat manfaat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya