[PARLIMEN] RUU Anti Lompat Parti perlu dibentang sebelum hujung Mei - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] RUU Anti Lompat Parti perlu dibentang sebelum hujung Mei

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu dibentangkan sebelum akhir Mei tahun ini.

Perkara itu diusulkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan RUU Perlembagan (Pindaan) (No 3) 2022 pada mesyuarat khas Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Jelas beliau, ia bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi punca kuasa bagi penggubalan RUU berkenaan, dilakukan bersekali dengan pembentangan RUU Anti Lompat Parti.

“Kita usulkan supaya sesi berikutnya, harapannya selewat-lewatnya sebelum akhir Mei ini. Saya harap, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dapat memberikan persetujuan.

“Ini bagi membolehkan kita tahu pindaan ini berlaku khusus untuk memenuhi maksud kita dalam meminda atau mengadakan RUU ini, supaya Yang Berhormat akan mendapat kepastian yang dimaksudkan dengan pindaan ini, yang kita tahu adalah dengan menterjemahkannya dalam RUU Anti Lompat Parti ini.

“Saya harap jawatankuasa berkenaan akan segera bermesyuarat dan mencari kesepakatan supaya dapat dibentang, dibahas dan diluluskan secepat mungkin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya