Runtuhan kuari: Polis ngkap siasatan untuk isytihar kematian - Utusan Malaysia

Runtuhan kuari: Polis ngkap siasatan untuk isytihar kematian

MIOR FARIDALATHRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis dalam proses melengkapkan siasatan kejadian dua lelaki tertimbus runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai bulan lalu, untuk diserahkan kepada Mahkamah Koroner.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan tersebut dimajukan kepada pihak berkenaan dengan cadangan dua mangsa terbabit diisytiharkan meninggal dunia.

Menurut beliau, pengisytiharan itu membolehkan keluarga mangsa mendapatkan bantuan yang diperlukan terutama dalam proses pampasan.

“Setakat ini, kita klasifikasi kes sebagai mati mengejut (SDR). Semua tahu yang mangsa sudah meninggal dunia cuma mayat kedua-duanya belum dijumpai,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Op Selamat 18 dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini hari ini.

Kata beliau, usaha mencari mangsa masih diteruskan agensi berkaitan meskipun operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan hampir dua bulan.

“Setiap hari dijalankan siri letupan oleh agensi terlibat di kawasan berkenaan di bawah pemantauan polis. Setakat ini, usaha itu masih belum membuahkan hasil.

“Kita akan berbincang dengan agensi yang terlibat dalam operasi ini menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah selepas raya nanti bagi melihat pandangan mereka mengenai usaha mencari mangsa.

“Jika keputusan masih tidak dapat dibuat, kita akan angkat kes ini ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. 

“Isu ini sensitif kepada keluarga mangsa jadi ia memerlukan penyelesaian atau keputusan tepat sama ada teruskan atau tidak usaha pencarian itu,” katanya.

Kejadian runtuhan batu di tapak kuari pada 8 Mac lalu sekitar pukul 9.15 pagi mengakibatkan dua mangsa tertimbus iaitu Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang mengalami patah tulang kaki dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan manakala rakannya berusia 38 tahun cedera ringan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya