RON95 bukan untuk kenderaan asing

RON95 bukan untuk kenderaan asing

Kajjan data menggunakan analisis data raya membolehkan pengkelasan terperinci kategori penerima subsidi dilakukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan (KPDNHEP) mengulangi peringatan bahawa kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi minyak menggunakan RON95. 

Dalam satu hantaran di akaun Facebook, KPDNHEP menegaskan, kenderaan bernombor pendaftaran asing hanya boleh menggunakan minyak RON97. 

“Kami mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Malaysia. Kenderaan bernombor pendaftaran asing boleh menggunakan RON97 sahaja. RON95 hanya untuk kenderaan yang didaftarkan di Malaysia sahaja,” katanya hari ini. 

Sebelum ini, tular dala media sosial gambar-gambar menunjukkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi minyak jenis RON95. 

Hal ini sedangkan minyak jenis itu adalah barang kawalan dan dikhususkan kepada warganegara Malaysia sahaja.

Hanya RON97 dibenarkan dijual kepada kenderaan asing manakala RON95 dilarang kerana ia bahan api subsidi dan tertakluk di bawah Akta Kawalan Bekalan. 

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha stesen minyak yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974) akan dikenakan penalti. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN