PETALING JAYA: Etnik Rohingya dari Myanmar kekal mencatatkan jumlah pelarian paling ramai di Malaysia iaitu seramai 103,810 orang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), sehingga hujung Mac lalu. Menurut data menerusi laman web UNHCR, jumlah itu menjadikan sebanyak 57 peratus pelarian Rohingya berada di negara ini daripada jumlah keseluruhan 182,120 pelarian dan pencari suaka politik berdaftar. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 67 peratus daripadanya lelaki dan 33 peratus adalah wanita, dengan kira-kira 45,800 daripadanya bawah usia 18 tahun. Bukan itu sahaja, Myanmar adalah ‘penyumbang’ terbesar jumlah pelarian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya