RM411 juta bina kompleks sukan di Kelantan

RM411 juta bina kompleks sukan di Kelantan

MUSTAPA Mohamed dalam sidang akhbar selepas sesi Taklimat Status Projek Pembangunan RMK-12 Kelantan di Kota Bharu. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak RM411 juta diluluskan untuk membina kompleks sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh sebagai persiapan Kelantan menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) pada 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan membina kompleks itu dikongsi bersama kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Daripada RMM411 juta itu, jelas beliau, sebanyak RM276 juta adalah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat manakala baki RM135 juta lagi daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

“Perancangan yang rapi disusun pada tahun ini bermula dengan kerja-kerja mereka bentuk dan merancang  infrastruktur sebelum kerja-kerja pembinaan dilaksanakan bermula tahun depan.

“Projek ini mengambil masa tiga tahun dan dijangka siap pada 2025,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Status Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor.

Temasya Sukma Ke-22 menyaksikan Kelantan julung kali menjadi tuan rumah dijadualkan berlangsung pada 2024 namun terpaksa ditunda ke tahun 2026 ekoran penularan Covid-19 di negara ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya