'RM20 tak cukup belanja di bazar Ramadan' - Utusan Malaysia

‘RM20 tak cukup belanja di bazar Ramadan’

ORANG ramai berbaris panjang bagi membeli murtabak di salah sebuah gerai di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Air tembikai RM5; tebu, RM10; roti john, RM8 – RM10.

Itulah harga juadah berbuka puasa yang dijual di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam di sini.

Harga demikian disifatkan tinggi berbanding tahun lalu apabila pengunjung perlu berbelanja lebih RM20 seorang untuk berbuka puasa.

Salah seorang pengunjung, Syazawana Zabidi, 34, berkata, dia berbelanja lebih RM30 bagi membeli sekeping piza, beberapa keping kuih-muih dan sebotol besar air tebu.

“Kalau dahulu sebotol besar air tebu dalam RM8 sahaja tapi sekarang ini, naik sampai RM10.

“Ini belum lagi beli makanan untuk bersahur dan saya akui harga makanan dan minuman di bazar amat mahal ketika ini,” katanya yang merupakan seorang suri rumah.

Seorang lagi pengunjung, Mohamad Zulfakar Rashid, 38, berkata, majoriti juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Stadium Shah Alam agak mahal.

“Namun pada tahun ini memang harga juadah di sini mengalami kenaikan harga yang mendadak.

“Tapi apa boleh buat, lebih-lebih lagi kenyataan Perdana Menteri. Datuk Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini yang mengakui kerajaan tidak kuasa untuk mengawal harga makanan yang sudah dimasak oleh peniaga,” kata jurutera itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa jenis makanan dan minuman yang mengalami kenaikan harga.

Sebagai contoh, sebungkus besar air tembikai yang dahulunya berharga RM3, kini sudah berharga RM5 manakala roti john yang dahulu berharga RM5, kini berharga di antara RM8 hingga RM10.

Kenaikan harga berkenaan didakwa berpunca daripada kenaikan harga bahan mentah.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri melarang pihak berkuasa tempatan menaikkan caj sewa tapak di bazar Ramadan pada tahun ini bagi mengurangkan beban para peniaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya