Remaja datang ke balai bomba, minta tanggalkan cincin besi di jari

Remaja datang ke balai bomba, minta tanggalkan cincin besi di jari

ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk menanggalkan cincin besi di jari kanan Muhammad Khairul Arffan Abdul Razak di Balai Bomba Kuala Lipis, Lipis, Pahang. - FOTO/IHSAN BALAI BOMBA KUALA LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Akibat menjadikan cincin besi sebagai aksesori di jari tangan, seorang remaja lelaki menempuh pengalaman getir apabila perhiasan itu sukar ditanggal.

Remaja berkenaan, Muhammad Khairul Arffan Abdul Razak, 15, lalu hadir ke Balai Bomba Kuala Lipis bersama penjaganya meminta bantuan anggota bomba menanggalkan cincin besi di jari tangan kanannya di sini hari ini.

Dia hadir pada pukul 11.30 pagi apabila berdepan kesukaran menanggalkan cincin besi di rumah dan mula mencederakan pergelangan jari tangannya.

Ketua Balai Bomba Lipis, Haslizan Ramli berkata, anggota bomba dimaklumkan oleh penjaga Muhammad Khairul Arffan tentang cincin besi itu sukar ditanggalkan di rumah serta meminta anggota bomba membantu anaknya.

“Jari mangsa juga membengkak kesan daripada cincin yang sukar ditanggalkan itu berikutan saiz jari membesar. 

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan cincin besi dalam tempoh kira-kira 20 minit dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Haslizan, kerja menanggalkan cincin besi dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan jari tangan mangsa berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memastikan anak masing-masing tidak menjadikan cincin besi keras sebagai alat aksesori di jari tangan ataupun sebagai satu permainan di anggota badan yang kemungkinan sukar ditanggalkan dalam tempoh yang panjang.

Sementara itu, Muhammad Khairul Arffan berkata, dia memakai cincin besi sebagai hiasan di jari tangannya sejak beberapa minggu yang lalu. 

“Pada awal pemakaiannya, cincin besi ini boleh ditanggal, tetapi lama-kelamaan sukar ditarik keluar (ditanggal) menyebabkan pergelangan jari mula membengkak dan sakit,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya