Raya boleh salam, ziarah

Raya boleh salam, ziarah

LARANGAN bersalaman sepanjang pandemik Covid-19 kini dibenarkan selepas protokol baharu diumumkan Khairy Jamaluddin berkuat kuasa 1 Mei ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hari Raya Aidilfitri kali ini disambut penuh bermakna apabila umat Islam kini dibenarkan bersalaman.

Namun, mereka perlu mengekalkan kebersihan dengan sentiasa mencuci atau membersihkan tangan selain tidak menyentuh muka selepas bersalaman. 

Larangan yang tidak boleh dibuat sepanjang pandemik Covid-19 itu kini dibenarkan selepas protokol baharu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkuat kuasa 1 Mei ini. 

Berhubung protokol berkaitan sambutan hari raya, beliau berkata, ia dikeluarkan sebagai panduan umum, namun tertakluk kepada ketetapan dan prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak berkuasa agama negeri. 

Katanya, untuk aktiviti takbir hari raya dibenarkan di masjid dan surau serta rumah ke rumah tetapi perlu sentiasa memakai pelitup muka, manakala individu positif Covid-19 dilarang menyertai serta digalakkan hanya individu tanpa gejala dan lengkap vaksinasi.

“Untuk solat sunat hari raya, dibenarkan di masjid atau surau dengan kapasiti 100 peratus, semua jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup  muka semasa berada dalam masjid atau surau termasuk semasa sedang solat, individu positif Covid-19 dilarang untuk menyertai manakala, individu bergejala tidak digalakkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

KHAIRY JAMALUDDIN

Berhubung kawalan penularan dan jangkitan, beliau berkata, kes positif Covid-19 tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau atau rumah terbuka atau majlis hari raya, manakala individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

Selain itu etika jemaah pula, katanya, elakkan 3S, amalkan 3W, galakan wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri, masuk ikut giliran untuk mengelakkan kesesakan dan bersurai dengan tenang. 

“Untuk jamuan selepas solat di masjid atau surau dibenarkan. Digalakkan memakai pelitup muka ketika tidak menjamu selera dan individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai. 

“Bagi program ziarah juga dibenarkan, digalakkan memakai pelitup muka ketika ziarah, kes positif tidak dibenarkan hadir atau menyertai program ziarah, manakala individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai,” jelasnya. 

Turut dibenarkan ialah ziarah tanah perkuburan, rumah terbuka atau majlis hari raya (indoor) dan rumah terbuka atau majlis hari raya (outdoor). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya