Rancang jual elektrik jana pendapatan masjid

Rancang jual elektrik jana pendapatan masjid

PANEL solar yang dipasang di atas bumbung Masjid Lutfi Kampung Suka Menanti, Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Masjid Lutfi Kampung Suka Menanti di sini adalah antara masjid di negeri ini yang mengaplikasikan teknologi solar bagi tujuan penjimatan tenaga elektrik.

Pemasangan panel solar berharga kira-kira RM38,500 yang dibiayai oleh pewakaf juga dapat menjana sumber kewangan masjid tersebut hasil jualan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Imam masjid itu, Mohd. Hishanuddin Hitam, 41, berkata, panel solar tersebut telah siap dipasang dan pengurusan masjid masih menunggu kelulusan daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk memohon lesen daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda).

Katanya, pada masa ini, tenaga elektrik yang dihasilkan daripada panel solar itu hanya dapat digunakan secara terus pada waktu siang dan tidak dapat dibekalkan kepada TNB kerana masih tidak mendapat lesen daripada Seda.

“Sebanyak 24 panel solar dipasang di atas bumbung masjid ini yang mana setiapnya berukuran dua meter panjang dan satu meter lebar.

“Keseluruhan panel solar tersebut dapat menghasilkan kapasiti tenaga elektrik sebanyak 10 kilowatt (kW),” katanya ketika ditemui di masjid itu, semalam.

Mohd. Hishanuddin memberitahu, pemasangan sistem solar tersebut dapat menjimatkan kira-kira 60 peratus kos bil elektrik di masjid berkenaan pada setiap bulan.

“Pada masa ini, jumlah bayaran bil elektrik masjid kira-kira RM1,500 sebulan,” ujarnya.

MOHD. Hishanuddin Hitam menunjukkan meter tenaga sistem solar yang dipasang di Masjid Lutfi Kampung Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Menurutnya, selepas mendapat lesen daripada Seda, lebihan tenaga elektrik yang dihasilkan daripada panel solar itu dapat dijual kepada TNB dengan harga 5.90 sen bagi setiap perkilowatt jam (kWj).

Jelasnya, pada waktu malam pula, masjid tersebut boleh mendapatkan bekalan tenaga elektrik tersebut daripada TNB juga pada harga sama iaitu 5.90 sen setiap kWj. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya