Ramadan: Pertubuhan Ar-Rasyid rai 8,000 asnaf, mualaf, anak yatim - Utusan Malaysia

Ramadan: Pertubuhan Ar-Rasyid rai 8,000 asnaf, mualaf, anak yatim

MOHD. Khairulnizam Abd. Ghani menyerahkan bungkusan makanan untuk berbuka puasa kepada golongan asnaf secara percuma di hadapan pejabat Pertubuhan Amal Kebajikan Ar-Rasyid dekat Kampung Sungai Udang, di Klang, Selangor. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: ‘Mesti ada makanan untuk berbuka puasa’ antara sikap diambil Pertubuhan Amal Kebajikan Ar-Rasyid meraikan 8,000 orang asnaf, mualaf dan anak yatim sejak 1 Ramadan lalu.

Menerusi aktiviti amal itu, 200 pek disediakan setiap hari kepada golongan tersebut yang mana kemuncaknya pada kelmarin apabila 1,500 pek juadah berbuka puasa diedarkan sempena Nuzul al-Quran.

Mereka yang menerima adalah terdiri daripada keluarga dikenal pasti sebagai asnaf, mualaf atau anak yatim serta senarai dikeluarkan Lembaga Zakat Selangor merangkumi penduduk di Puchong, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang.

Malah, turut diraikan adalah umat Islam di Kemboja apabila seramai 200 pek makanan disediakan kepada mereka menerusi sebuah pusat tahfiz di bawah pertubuhan itu di sana.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Amal Kebajikan Ar-Rasyid, Mohd. Khairul­nizam Abd. Ghani, program dianjurkan pada tahun kelima yang akan disusuli penyerahan sumbangan Aidilfitri nanti.

“Ini inisiatif kita meraikan golongan kurang bernasib baik.

“Selain penduduk setempat, umat Islam di Kemboja juga diraikan kerana di sana tidak ramai penderma mampu menyum­bang,” katanya selepas mengedar 500 pek makanan di Kampung Su­ngai Udang di sini.

Katanya, melalui penyerahan sumbangan itu, ia dimanfaatkan untuk mempromosi kelas mengaji secara percuma kepada golongan berkenaan.

“Selain menyertai kelas percuma, mereka akan diberikan bakul makanan setiap bulan. Ini kerana kita ada penderma terdiri daripada ramai individu,” jelasnya.

Beliau menyeru orang ramai yang ingin menghulur bantuan sempena Aidilfitri, boleh meng­hubungi pertubuhan itu di talian 010-2402885. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya