PETALING JAYA: Sejumlah tujuh juta pekerja swasta di negara ini tidak akan dibebani hutang sepanjang hayat kerana kerajaan memberi jaminan gaji minimum RM1,500 tetap dilaksanakan pada 1 Mei ini. Sekalipun timbul keraguan dalam kalangan golongan pekerja gaji minimum baharu tidak dilaksanakan atau kerajaan sengaja membuat pusingan U, kerajaan percaya gaji minimum itu akan membantu pekerja terutama golongan berpendapatan rendah (B40) yang dihimpit kos sara hidup yang semakin tinggi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, apa pun kekangan dijangka berlaku demi merealisasikan tuntutan berkenaan, kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya