Rakyat kecewa RUU Anti Lompat Parti tangguh - Najib - Utusan Malaysia

Rakyat kecewa RUU Anti Lompat Parti tangguh – Najib

NAJIB Tun Razak bercakap kepada pemberita selepas melawat Bazar Aidilfitri di Jalan Hang Tuah, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Majoriti rakyat melahirkan rasa kecewa apabila Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin ini ditangguhkan buat kali kedua, kata Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, jika diikut hasrat pengundi, tidak dapat dinafikan mereka mahu RUU tersebut dibentangkan kerana ia adalah prinsip yang mulia.

Katanya, RUU itu dilihat memberi keadilan kepada rakyat selepas mereka membuat keputusan memilih wakil rakyat dan parti, bagi memastikan calon yang menang tidak pergi ke pihak lain.

“Rakyat memilih wakil rakyat berdasarkan kepada parti dan parti juga bekerja untuk calon yang bertanding dan tiba-tiba dia lompat kepada pihak lain.

“Ini bermakna dia telah mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat. Itu adalah prinsip asas dan sebab itu majoriti rakyat hendak supaya RUU ini dibentangkan di Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Bazar Aidilfitri di Jalan Hang Tuah di sini, malam tadi.

Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu, Kabinet tidak bersetuju dengan pembentangan RUU Anti Lompat Parti.

Katanya, RUU berkenaan tidak akan dibentangkan pada sidang khas Isnin ini, sebaliknya akan dihantar semula untuk kajian lanjut mengenai definisi ‘lompat parti’.

Ekoran daripada keputusan tersebut, pelbagai pihak terutama dalam kalangan ahli Parlimen mula menyuarakan rasa tidak puas hati.

Mengulas mengenai perkembangan terkini debat dengan Ketua Pembangkang, Najib berkata, ia akan diadakan selepas Ramadan.

“Kita sedang runding selepas Ramadan dan orang kata tak sesuai kalau dibuat di bulan puasa sebab kita nak beri tumpuan kepada ibadat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya