Pukul bekas isteri ; Semoga Allah pelihara keselamatan saya - Radhi OAG - Utusan Malaysia

Pukul bekas isteri ; Semoga Allah pelihara keselamatan saya – Radhi OAG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Doakan kekuatan saya,”

Demikian kata vokalis kumpulan Old Automatic Garbage ( OAG), Muhammad Radhi Razali, 45, semasa ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, hari ini selepas selesai sesi pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Radhi yang mengenakan baju kurta berwarna biru gelap juga dilihat berada dalam keadaan tenang sepanjang berada di mahkamah dan ketika sesi itu berlangsung.

Selain meminta untuk mendoakannya, Radhi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sesi pertuduhan yang dibacakan.

“Saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa untuk jalankan tugas. Semoga Allah SWT pelihara keselamatan saya. Amin,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Radhi, Haziq Aizuddin Subhi berkata, sesi hari ini merupakan satu pengurusan kes dakwaan dan vokalis juga telah diikat jamin.

“Serahan dokumen masih belum diterima dan kita akan tunggu pada 13 Julai ini. Setakat ini kami tidak boleh beri komen lanjut,”katanya.

Terdahulu, Radhi didakwa bertindak kasar terhadap bekas isterinya Nur Shahira Ayu Zahiri selepas permintaan untuk bergambar secara swafoto ditolak.

Mahkamah membenarkan ikat jamin berjumlah RM2,500 dengan seorang penjamin dan meletakkan syarat tidak mengganggu bekas isteri.

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memberi kenyataan, terdapat perselisihan faham gara-gara mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

Katanya, pihak polis telah menahan lelaki berkenaan di kediamannya dan hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Dalam pada itu, Ayu Shahira turut berharap Radhi tidak akan mengulangi perbuatan tersebut demi kebaikan anak-anak mereka yang kini sudah bersekolah.

Untuk info, Radhi dan Ayu berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata namun bercerai pada Julai 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya