PRU-15 perlu diadakan selepas MoU tamat-Bersatu Sabah

PRU-15 perlu diadakan selepas MoU tamat-Bersatu Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah senada dengan UMNO Sabah yang mahukan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, ketidakstabilan politik yang berlaku di negara ini memerlukan pilihan raya diadakan pada tahun ini dan kalau boleh selepas memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) tamat pada 31 Julai.

KHAIRUL FIRDAUS AKHBAR KHAN

“Ketidakstabilan politik yang berlaku hari ini kerana masalah politik di Semenanjung yang seakan-akan tiada kesudahan.

“Apabila politik di Semenanjung Malaysia tidak stabil sudah tentu ia memberi impak kepada Sabah dan Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya semasa majlis berbuka puasa semalam.

Mengulas lanjut katanya, Bersatu Sabah sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk berhadapan PRU-15 kerana Sabah baharu sahaja mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada dua tahun lalu.

Sebelum ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menjangka PRU-15 akan diadakan sebaik sahaja MoU bersama PH tamat pada Julai ini.

Mengenai pencalonannya bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus menyerahkan keputusan pencalonan itu kepada pucuk pimpinan.

“Terpulang kepada Datuk Seri Hajiji Noor dan Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk berbincang. Jika mereka memikirkan masa depan Sabah maka, perbincangan itu harus tentang masa depan Sabah,” katanya.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut sebagai calon kerusi Parlimen Batu Sapi setelah kerusi Parlimen itu kosong apabila penyandangkan dari Parti Warisan, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober 2020. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya