Premis barang lusuh haram di 'ceruk' kampung elak dikesan

Premis barang lusuh haram di ‘ceruk’ kampung elak dikesan

PASUKAN polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi dengan kerjasama agensi lain melakukan serbuan dalam Operasi Bersepadu Lusuh di Kota Tinggi, Johor, hari ini. - FOTO/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tindakan pemilik perusahaan barangan lusuh yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan beroperasi secara haram di kawasan ‘ceruk’ kampung terbongkar selepas diserbu dalam Operasi Bersepadu Lusuh, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, operasi dilakukan bersama Kementerian Kesihatan, Syarikat Air Johor (SAJ), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Perbandaran Pengerang itu berjaya menahan tujuh orang suspek termasuk disyaki pemilik premis barang lusuh haram.

Katanya, kesemua mereka terdiri daripada tiga penduduk tempatan, manakala empat lagi merupakan warga asing.

Jelasnya, hasil risikan mendapati aktiviti berkenaan telah lama dijalankan di mana mereka berselindung sebalik premis yang tidak diletak papan tanda perniagaan serta menjadikan kawasan rumah kampung sebagai lokasi.

“Operasi bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 1 petang. Sebanyak enam kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946 kerana tidak memiliki lesen perniagaan barangan lusuh. Empat warga asing itu dikenakan kompaun dan turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka ini melakukan perniagaan dengan membeli barang dari penduduk tempatan atau keluar membeli barang untuk aktiviti perniagaan mereka.

“Kita juga dapati mereka terima barang seperti tembaga, meter elektrik, meter air yang merupakan satu kesalahan. Siasatan ke atas suspek yang ditahan mendapati mereka telah melakukan aktiviti ini sejak setahun lalu,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, hari ini.

Hussin berkata, sebanyak 10 premis di kawasan Kampung Batu Ampat, Kota Tinggi, Sungai Rengit dan Pengerang telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

Katanya selain polis, Kementerian Kesihatan turut mengeluarkan empat kompaun di bawah Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 dengan denda sebanyak RM500 dikenakan ke atas pemilik premis.

Jelasnya, kesemua warga asing itu akan ditahan selama 14 hari di bawah Akta Imigresen manakala suspek warga tempatan akan dilepaskan dengan jaminan polis setelah selesai diambil keterangan.

“Operasi ini julung kali dilakukan dalam usaha memastikan Kota Tinggi bebas aktiviti sekendhend dealer. Kerjasama masyarakat diperlukan dalam usaha pihak polis membanteras kegiatan itu. Operasi akan diteruskan dari masa ke semasa dan kita harap orang ramai dapat salurkan maklumat berkenaan aktiviti ini kepada pihak polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya